Wednesday, October 6, 2010

MANA “HATI” KITA?


Assalamualaikum...

MANA “HATI” KITA?

Hari ini saya ingin membawakan tiga senario yang pada saya perlu dinilai untuk mengukur sejauh mana kelembutan “hati” kita sebagai manusia!

Senario pertama


Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar anak ke sekolah, saya perlu melalui jalan yang sama setiap hari untuk sampai ke destinasi. Kesibukan lalulintas di pagi hari memang tidak usah diceritakan lagi. Kenderaan kecil dan besar meluncur laju mengikut haluan tuan yang empunya. Bermacam ragam dan gelagat pemandu akan kita dapati.

Sampai di persimpangan berhampiran kawasan sekolah Rendah Bukit Beruang , kenderaan menjadi lebih padat di kedua-dua arah. Ketenangan memandu direntap apabila melihat kelibat seorang budak sekolah memimpin tangan si adik sedang teracah-acah hendak melintas jalan. Yang memimpin mungkin sedang berada di tahun tiga atau dua manakala yang dipimpin berada di kelas tadika mengikut dari baju yang dikenakan.

Kereta tidak dapat diberhentikan serta merta kerana bimbang kenderaan belakang pula berhenti mengejut dan mungkin akan terhentam kenderaan kita ,walaupun hati begitu meronta meminta kenderaan diberhentikan segera bagi memberi laluan kepada anak tersebut melintas jalan.

Apa yang membuatkan hati begitu ralat dan marah ialah, tidak jauh dari tempat kanak-kanak itu melintas terdapat seorang wanita juga ingin melintas jalan, mungkin baru menghantar anaknya ke sekolah barangkali. Dia kelihatan begitu tekun untuk melepaskan dirinya melintas jalan tanpa menghiraukan nasib si anak tadi yang juga ingin melintas.

Apalah salahnya jika dia pergi mendapatkan kanak-kanak tersebut dan bersama-sama menyeberangi jalan yang sedang sibuk. Apakah tega dia membiarkan anak-anak sekecil itu melintas jalan sendirian?. Apakah tidak ada perasaan cemas melihat kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya mungkin, sedang melintas jalan. Kanak-kanak yang di usia begitu sudah pasti tidak tahu menilai tahap selamat untuk melintas jalan.

Dimanakah letaknya tanggungjawap kita sebagai seorang manusia “DEWASA” terhadap insan sekecil itu? Atau setidak-tidaknya dimanakah hilangnya perasaan keibuan kerana mungkin kita juga mempunyai anak kecil seperti itu. Walaupun mereka bukan anak kita sendiri. Cuba kita meletakan keaadaan anak kita di tempat anak kecil itu tadi. Apakah yang kita rasa bila anak kita berada didalam keaadaan bahaya begitu?

Di sudut yang lain pula, di manakah ibu bapa kanak-kanak itu sendiri? Mengapa membiarkan anak kecil kita melintas jalan sendirian. Sibuk benarkah kita sehingga membiarkan anak kita bertarung nyawa untuk menuntut ilmu. Adakah tinggi benar sifat “TAWAKAL” kita dengan menyerahkan segalanya pada taqdir? Atau.......mana “Hati” kita?

Senario kedua


Selepas solat maghrib di surau ketika sedang duduk mengikut imam berwirid, masuk satu keluarga mungkin dari luar kariah untuk menunaikan solat . Di dalam hati mengucapkan syukur apabila melihatkan orang datang singgah memakmurkan rumah Allah.

Seorang pakcik kelihatan segak berbaju melayu ala raihan dengan janggut yang dijaga rapi menampakan ciri orang yang berkredibeliti tinggi yang mungkin juga seorang uztaz barangkali. Si pak cik terus tegak untuk mendirikan solat tetapi terhenti seketika kerana dia pergi mengambil sebuah kerusi di tepi dinding dan di letakan di hadapan tempat dia bersolat.

Bagi kita yang dewasa mungkin faham akan tujuan si pakcik letakan kerusi disitu kerana untuk mengelakan kanak-kanak melintas atau bermain-main di tempat dia bersolat, tetapi apa yang terjadi ialah datang seorang kanak-kanak lalu mengangkat dan mengalihkan kerusi tersebut ketepi semula.

Mungkin kanak-kanak tersebut menyangka kerusi itu mengganggu orang yang bersolat tadi dan tak elok kerusi di letakan di ruang solat lalu dialihkanya. Dengan mendengus marah lalu si pakcik tadi mengambil semula kerusi dan meletak kembali didepanya dalam dalam keaadaan menghempas. Serentak para jemaah menoleh ke arah si pakcik tadi.

Kanak-kanak tersebut hanya tercegat kebingungan memandang pakcik tersebut. Mungkin dia tidak mengerti kenapa si pakcik berkelakuan sedemikian .Seorang jemaah cepat-cepat menarik tangan kanak-kanak tersebut dan menyuruhnya duduk kembali. Selepas bersolat pakcik tadi terus berlalu dengan tiada senyuman dan tanpa bersalaman dengan jemaah yang berada disitu.

Kenapa begitu? Kenapa begitu sombong untuk bertegur sapa dengan orang lain. Di manakah adap dan tertip kita apabila berada di rumah Allah. Memanglah surau itu untuk semua tetapi apalah salahnya kita bertegur sapa atau menghulur salam dengan ahli kariah yang sedia ada di situ. Beginikah sikap kita terhadap kanak-kanak yang tidak faham apa-apa?

Kalaupun tidak malu pada ahli kariah yang lain, malulah dengan Allah. Sudahlah kita ni datang ke tempat orang, mahu menyombong pula. Tunjukanlah sikap yang baik sesuai dengan imej yang kita bawa kerana sikap yang baik disukai oleh semua orang dan yang lebih penting disukai Allah S.W.T Atau.....mana “hati” kita?

Senario ketiga


Semasa dalam perjalanan pulang dari kerja ada terdengar di Radio IKIM satu slot ceramah oleh seorang Prof.Doktor(namanya sudah lupa) berkisar tentang masaalah rumahtangga. Bagaimana kita harus memupuk keharmonian dalam rumahtangga dan bermacam-macam permasaalahan yang timbul dalam kehidupan berumahtangga turut disentuh. Ditambah pula dengan interaksi secara lansung dengan para pendengar yang lain menjadikan slot itu bertambah menarik.

Apa yang membuatkan hati ini begitu terasa ialah apabila ia membicarakan berkenaan bagaimana kehidupan suami isteri yang apabila usia perkahwinanya mencapai 20 ke 30 tahun kelak. Adakah perasaan cinta antara suami isteri itu masih menebal sama seperti diawal perkahwinan? Atau adakah ia sudah pudar atau adakah ia sudah hilang sama sekali?

Menurut beliau, sudah pastilah kehangatan cinta seperti di waktu muda dahulu akan berkurang dan mungkin cinta itu sudah tiada, oleh itu apa yang menjadi pengikat ialah sifat “mawaddah dan rahmah” kasih dan sayang. Apa yang ada dikala itu hanyalah sifat kasihan keatas pasangan kita yang sudah lanjut usianya.

Benarlah seperti apa yang dikatakan Prof. tersebut kerana cinta itu tidak akan kekal lama sebaliknya hanyalah perasaan kasih dan kasihan yang akan menjadi peneman bagi mengukuhkan ikatan di hari tua kelak.( Ya Allah kau kekalkanlah hubungan kami dengan keredhaanMu hingga ke akhir hayat....Amin).

Dalam pada itu ingatan terus menyelinap pada sebuah laporan akhbar suatu ketika dulu berkenaan permohonan cerai seorang isteri wakil rakyat dari sebuah parti islam yang mana beliau tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan sang suami ke atasdirinya. Kebuasan nafsu si suami sudah mencapai tahap kebinatangan.

Isteri dipukul dan ditendang hanya kerana tidak dapat memenuhi tuntutan sex melampau sang suami. Pernah si isteri diheret dari ruang tamu hingga ke bilik hanya kerana isteri tidak dapat memenuhi tuntutan sex suami pada ketika itu kerana si isteri tidak berapa sihatpada waktu tersebut.Si isteri disetubuhi dengan cara yang kasar sekali seakan pelacur murahan dan ditinggalkan begitu sahaja apabila si suami sudah melepaskan hajatnya.

Kisah begini sungguh menyayat hati kita sebagai suami sehingga mencabar tahap kesabaran kita sebagai manusia. Kita sebagai suami turut merasa malu diatas perbuatan keji suami wanita berkenaan.

Apakah seorang isteri harus dilayan sedemikian rupa. Isteri yang selama ini berkongsi suka duka bersama kita. Isteri yang selama ini menyediakan dan mencukupkan segala keperluan kita, makan minum kita. Bukankah Nabi junjungan berpesan agar berlemah lembut terhadap isteri kita kerana sebaik-baik lelaki itu adalah lelaki yang mengasihi dan berlemah lembut terhadap isterinya.

Ya, memang diakui yang kita ada juga melakukan kekasaran terhadap isteri kita , adatlah ia didalam kehidupan berumahtangga tetapi tidaklah sehingga melampaui norma-norma kemanusiaan apatah lagi seorang yang dikenali sebagai pendokong agama.

Di mana hilangnya kasih sayang sewaktu kita mula berkahwin dulu? Kemana lenyapnya belas kasih kita sebagai insan? Ke mana perginya sifat tanggungjawap seorang suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri kita? Atau.....mana "hati" kita?

Monday, October 4, 2010

Use salt to wash fruits and vegetables is worse

Assalamualaikum...


Salt is sodium chloride. Therefore, wash fruits and vegetables with salt will make pesticides more stable. Fruits and vegetables should be washed with water first, then clean with water again by adding a little low gluten flour (or starch). This will remove the pesticides.

A test done in the Inspection Agency pointed out: salt compound will stabilize pesticides. It is better off to let the vegetables sit at room temperature for half a day, then rinse with water. The advertisement "Washing vegetables with salt is healthy" is incorrect.

A teach of the Food Engineering Department said: salt makes pesticides more stable due to chemical bonds. Pesticide residues in vegetables will be locked in. Therefore, pesticides in vegetables should be removed by rinsing with water several times. Do not add salt to wash vegetables ......?

In one nutrition class, Professor of Medicine in Taipei (now also a hospital clinical dietitian), has strong criticism of the misleading ads and wonder why no one ever stop it. Disclosure of such inaccurate information happened quite often, but no action was taken to ....? She hopes the public can have accurate medical knowledge.

BAD: Alamak! lain la pulak dengan apa yang diamalkan selama ni....mana satu yang betul ni?

Tuesday, September 28, 2010

SUBUH GAJAH...!

Assalamualaikum...

Rasa-rasa perkara macam nih selalu terjadi pada kita kan? lebih-lebih lagi tuan punya blog nih...ape nak jadik la die nih..ish..ish..ishhhh!

Monday, September 27, 2010

KHASIAT SOLAT SECARA SAINTIFIK

Assalamualaikum...

Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

“Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

“Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu,” katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

“Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun,” katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

“Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu,” katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

“Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

“Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah,” katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

“Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

“Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan,” katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

“Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan,” katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

“Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

“Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja,” katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

“Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman ‘selamat pagi’ yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki,” katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

“Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat,” katanya.

-UTUSAN-

Friday, September 24, 2010

Mencari yang halal itu fardhu.


Assalamualaikum...

HALAL merupakan tuntutan syariat yang diambil ringan oleh kebanyakan kita umat islam hari ini. Selaku umat islam kita dituntut untuk mencari yang halal seperti sabda Nabi S.A.W: "Menuntut/Mencari yang halal itu satu kefardhuan selepas fardhu-fardhu yang lain".

Halal didifinasikan sebagai perkara yang dibolehkan, atau Mubah, yang telah gugur daripadanya ikatan atau simpulan bahaya, dan syariat membenarkan perbuatanya. Maka dengan melaksanakan perkara yang halal dapat menghindarkan kita dari bahaya sebenarnya terutamanya dalam soal pemakanan.

Halal juga merangkumi keperluan harian seperti penggunaan ubat gigi, sabun mandi, barangan kosmetik dan sebagainya yang mana menjadi kegunaan utama kita umat islam pada hari ini. Adalah amat penting bagi kita untuk memastikan pada setiap apa yang kita gunakan dan pada setiap apa yang kita makan adalah bersumberkan dari yang halal semata-mata.

Di dalam Al-Quraan dengan jelas Allah mengingatkankepada kita tentang perkara ini iaitu dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud “ Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. “

Sesungguhnya makanan yang halal itu akan menerbitkan budi pekerti yang mulia manakala makanan yang haram itu pula akan membentuk perangai-perangai keji yang dicela syarak. Setiap makanan yang masuk ke mulut kita akan menjadi darah daging dan dari darah daging itu pula akan membentuk zuriat keturunan kita kemudian hari.
Dari Kahab bin Hujarat ia berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Dan setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka lebih utama untuk membakarnya”. (riwayat at-Tabrani)

“Bermulanya Kesucian itu adalah dari tangan orang yang mempunyai Kalimah Laailaaha illallah… Muhammadur Rasulullah…Iaitu pastinya dari orang muslim…”. Kerana yang dimakan itu bukan sahaja makanan dari tangannya tetapi juga RUH ISLAM itu sediri yang lebih diperlukan. Ini boleh menjadi perkiraan kepada kita sebelum kita masuk menjamah makanan di permis-permis bukan islam.

Pemilihan pemakanan yang halal dan suci tidak boleh dipandang enteng oleh umat islam kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan seseorang dari segi agamanya iaitu ketaatannya pada ALLAH dan Rasul-Nya. Sebab itulah hari ini ramai yang menjadi ISLAM di sisi manusia tapi kufur di sisi ALLAH kerana mengabaikan tuntutan syarak.
Kita seharusnya lebih peka dalam menentukan sumber pemakanan kita kerana jika diteliti pada hari ini pelbagai kes dibongkar yang melibatkan makanan yang sepatutnya halal dimakan tetapi bersumberkan dari bahan yang haram.

Kes ikan keli yang diberi makan dari bahan yang bersumberkan dari babi, kerang dan taugeh yang ditanam dan ternak dengan disalurkan dengan sistem kumbahan najis babi serta makanan yang terdapat di pasaraya-pasaraya yang kebanyakannya terdapat unur-unsur dari babi . Ini semua benar-benar mencalar integriti dan maruah kita sebagai umat Islam yang mana perlu untuk kita menangani dan menghindarinya secara serius.

Kita sememanagnya tidak boleh bergantung kepada bukan muslim sepenuhnya dalam menyediakan sumber makanan dan keperluan harian kepada kita. Mereka semestinya pasti tidak mengenal erti kehalalan dan kesucian. Asalkan tidak memasukan daging babi atau arak kedalam makan itu sudah dikira suci dan boleh dimakan pada mereka. Ada diantara mereka yang khianat yang sengaja mencampurkan bahan-bahan haram untuk dibekalkan kepada kita umat islam.

Marilah kita mencontohi cara nabi dan para sahabat yang begitu teliti dalam memilih sumber makanan mereka. Mereka sanggup bersusah payah dan berlapar asalkan makanan yang dimakan itu benar-benar halal dan suci demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

Marilah kita memberi sokongan kepada produk-produk keluaran saudara muslim kita yang lebih terjamin kehalalan dan kesucianya . Semoga hidup kita sentiasa didalam landasan syariat dan diberkati Allah S.W.T

Sekian, Wallahua’lam


LOGO HALAL YANG DIKELUARKAN JAKIM

Tuesday, September 21, 2010

Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW

Assalamualaikum...

Semasa merayau-rayau di ruang maya, terjumpa satu artikel yanag memang dah lama sangat dicari. Terasa lapang sangat didada apabila persoalan yang sekian lama bersarang terjawab! Alhamdulillah.

Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."

Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.

Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)

Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.

Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.

ARKIB : 22/02/2010(Utusan Malaysia)

Saturday, September 18, 2010

Masjid Kampung Hulu




Assalamualaikum...

Hari ini hampir separuh hari dihabiskan dengan mencari barang permaianan yang dihajati oleh anak-anak. Setelah puas direngek dan melihat muka sayu mereka, maka berangkatlah kami tiga beranak ke sekitar bandar Melaka mencari barang yang dihajati sementara Ummi mengemas rumah dek kelecah selepas sarapan.

Kami melewati kawasan kampung Hulu yang mana terletaknya masjid yang tertua di Malaysia iaitu Masjid Kampung Hulu. Kurang setengah jam menginjak ke waktu zohor, kereta di "parking" dan kami turun menuju ke Masjid.Kelihatan beberapa kelompok orang telah berada di kawasan masjid,mungkin datang berkeluarga.

Terletak di kawasan yang sibuk dengan aktiviti pemborongan, menjadikan masjid Kampung Hulu agak terasing berbanding dengan deretan kedai-kedai borong milik tauke-tauke cina.

Hati berasa rimas bercampur sayu mengenangkan tempat penyebaran islam tertua ditenggelami oleh kedai-kedai agam yang majoritinya milik bukan islam. Sampai bila ia boleh bertahan? Ditambah dengan senario politik tanah air masa kini, memang kegusaran hati ini dilihat berasas! Mungkin disebabkan ia masjid yang sangat-sangat tesohor maka masih ramai lagi orang yang berkunjung lebih-lebih lagi mereka yang "berhajat"


Kami ke kolah masjid untuk berwuduk. Kelihatan beberapa orang sedang sibuk memenuhkan botol-botol kosong dengan air kolah masjid. Di sudut kolah yang lain, dua orang gadis berbaju lengan pendek dan bertudung ala-ala artis juga sibuk mengisi botol-botol yang dibawa dengan air kolah masjid. Mereka lantas beredar apabila botol-botol telah terisi air kolah walhal azan akan menerjah beberapa detik lagi.

Mulut terkumam, hati membumkam. Memang telah sedia maklum akan gelagat-gelagat mereka yang datang "berhajat" ke masjid ini cuma yang agak beratnya apabila ditanya oleh si anak untuk apa air kolah masjid itu diambil. Apa yang pasti mereka-mereka ini memang "dahaga", dahaga akan cahaya keimanan!

Mereka lebih rela berhajat pada makhluk ciptaan daripada berhajat kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Walhal pintu rahmah cuma selangkah jaraknya dan diwaktu Sang Khaliq sedang bersedia mendengar rayuan si hamba.

Itulah delima masyarakat islam kita pada hari ini. "Kepercayaan" mengatasi kepatuhan. Kepatuhan yang sepatutnya tidak berbelah bagi kepada apa yang telah disyariatkan.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Berbahagialah bagi mereka yang tetap dalam bersolat. Itulah yang dipinta 17 kali sehari. Moga terhindar murka ilahi dan dari jalan mereka yang sesat!

Seusai berjemaah, kami bergegas meninggalkan masjid menuju ke kereta untuk menyambung kembali pencarian yang belum berjumpa!

Sedikit info tentang Masjid Kampung Hulu:

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.

Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.

Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.

Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.

Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet.


Info Dari Wikipedia

HARMONI - Do'a (Al-Fatihah utk Zubir Ali)



Lagu yang penuh makna.Seakan mewakili apa yang yang tersirat dihati....thanks to Allahyarham Zubir Ali & thanks jugak kepada yamg meng"upload"...

Thursday, September 2, 2010

Bukan Islam masuk ke Masjid?



Assalamualaikum...


Saya ingin berkongsi serba sedikit pendapat berkenaan isu ini, namun sukalah saya menyatakan disini terlebih dahulu bahawa saya bukanlah insan arif untuk mengupas hal-hal berkaitan agama. Apa yang ingin saya sampaikan disini hanyalah dari pendapat saya yang serba dhaif semata-mata.


Bukan Islam masuk ke Masjid?


Dari banyak komen komen yang saya baca samada melalui akhbar mahu pun blog, saya dapati tidak banyak atau hampir tidak ada penulis yang mengulas tentang tujuan atau untuk apa bukan muslim itu masuk ke masjid. Saya kira disinilah yang menjadi persoalanya.Apakah tujuannya apkah keperluanya. Maka disinilah kita boleh memikirkan apakah jalan atau cara yang lebih baik sebelum membenarkan bukan islam untuk masuk ke masjid.


Ada yang mengetengahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu yang membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'. sebagai hujah.


Perlu dijelaskan disini ialah, yang dibincangkan oleh majlis fatwa ialah ‘HUKUM PELANCONG’ . Pelancong dari istilah kamus dewan ialah orang yang datang untuk melawat dan melihat-lihat .Ini jelas sekali bertentangan dengan situasi semasa bahawa mereka yang berkenaan bukanlah pelancong dan mereka datang juga bukan untuk melancong. Mereka dijemput datang untuk memberikan ceramah. Maka sudah tentulah mereka bukan dari golongan orang dibincangkan dalam majlis fatwa tersebut.


Ada yang cuba mengaitkan kes ini dengan ‘maianan politik’. Sudah tentu ianya mainan politik kerana mereka datang atas kapisiti sebagai seorang ahli politik, maka sudah tentu ianya boleh dipolitikan juga. Disinilah kewajarannya untuk kita melihat akan ‘tujuan’ seperti apa yang saya nyatakan diatas.


Ada juga yang membawakan hadis Al-Bukhari dan Muslim sebagai dalil. Hadis berkenaan penawanan Thumamah bin Uthal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau telah diikat oleh Baginda Rasulullah S.A.W di tiang masjid. Saya tidak membawakan hadis ini secara penuh kerana terlalu panjang.


Disini jugalah kewajaran akan ‘tujuan ‘ itu sekali lagi dilihat yang mana sudah pastilah tujuan baginda S.A.W pada waktu itu adalah atas tujuan dakwah semata-mata dan bukannya untuk kita pula yang “didakwahkan” ! Dalam hadis berkenaan juga tidak dinyatakan pada tiang mana Thumamah diikat sama ada tiang di ruang solat utama ataupun tiang yang berada di penjuru atau di bahagian belakang masjid. Jadi kita tidak boleh menyamakan hadis berkenaan dengan situasi yang menjadi persoalan pada hari ini.


Didalam kita menghadapi keaadan yang serba samar ini, suka saya membawakan firman Allah yang pada saya merupakan satu peringatan yang amat jelas dan juga jalan yang terbaik bagi merujuk kemelut yang berlaku hari ini iaitu;

“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
Surah At-Taubah ayat 17-18.

Marilah kita kembali kepada Al-Quraan yang membawa petunjuk jelas dan nyata. Baginda Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita berpegang teguh kepada Al-Quraan dan As-Sunah yang mana nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya jika kita mengamalkannya.

Kalau sungguhpun kita ingin menjemput bukan islam memberi ceramah di surau-surau atau di masjid-masjid di kawasan kita eloklah kita memikirkan cara yang lebih aula dan yang tidak mendatangkan fitnah serta keresahan dikalangan orang islam. Kita boleh menyediakan khemah khas untuk mereka sebagai contoh atau setidak-tidaknya boleh juga di tempakan di penjuru masjid atau di tempat lain yang difikirkan sesuai selain di ruang solat utama atau di tempat imam yang menjadi simbol kehormatan bagi kita umat islam.

Kitalah yang sepatutnya menjaga keharmonian dan kesucian islam itu sendiri. Kita yang seharusnya memberi penjelasan tentang hukum hakam islam kepada bukan islam agar islam sentiasa di pandang tinggi dan dihormati.


Sekian.Wallahua’lam

Wednesday, September 1, 2010

ASPARAGUS & CANCER...

Assalamualaikum...



This Article I took from the email sent by a friend. I do not know how true. For sure certain vegetables are good for our health and I really like it(Asparagus). Here I include the contents of this email. Let's hope there is benefit ...





Asparagus - Who Knew?????

My Mom had been taking the full-stalk canned style asparagus that she pureed and she took 4 tablespoons in the morning and 4 tablespoons later in the day. She did this for over a month. She is on chemo pills for Stage 3 lung cancer in the pleural area and her cancer cell count went from 386 down to 125 as of this past week. Her oncologist said she does not need to see him for 3 months.

THE ARTICLE:
Several years ago, I had a man seeking asparagus for a friend who had cancer. He gave me a photocopied copy of an article, entitled, "Asparagus For Cancer" printed in Cancer News Journal, December 1979..
I will share it here, just as it was shared with me:
'I am a biochemist, and have specialized in the relation of diet to health or over 50 years..Several years ago, I learned of the discovery of Richard R. Vensal, D.D..S. that asparagus might cure cancer. Since then, I have worked with him on his project We have accumulated a number of favorable case histories. Here are a few examples:

Case No. 1, A man with an almost hopeless case of Hodgkin's disease (cancer of the lymph glands) who was completely incapacitated. Within 1 year of starting the asparagus therapy, his doctors were unable to detect any signs of cancer, and he was back on a schedule of strenuous exercise.

Case No. 2, a successful businessman 68 years old who suffered from cancer of the bladder for 16 years. After years of medical treatments, including radiation without improvement, he went on asparagus. Within 3 months, examinations revealed that his bladder tumor had disappeared and that his kidneys were normal.

Case No. 3, a man who had lung cancer. On March 5th 1971, he was put on the operating table where they found lung cancer so widely spread that it was inoperable. The surgeon sewed him up and declared his case hopeless. On April 5th he heard about the Asparagus therapy and immediately started taking it. By August, x-ray pictures revealed that all signs of the cancer had disappeared.. He is back at his regular business routine.

Case No. 4, a woman who was troubled for a number of years with skin cancer. She finally developed different skin cancers which were diagnosed by the acting specialist as advanced. Within 3 months after starting on asparagus, her skin specialist said that her skin looked fine and no more skin lesions. This woman reported that the asparagus therapy also cured her kidney disease, which started in 1949. She had over 10 operations for kidney stones, and was receiving government disability payments for an inoperable, terminal, kidney condition.. She attributes the cure of this kidney trouble entirely to the asparagus.

I was not surprised at this result, as `The elements of materia medica', edited in1854 by a Professor at the University of Pennsylvania , stated that asparagus was used as a popular remedy for kidney stones. He even referred to experiments, in 1739, on the power of asparagus in dissolving stones. Note the dates!

We would have other case histories but the medical establishment has interfered with our obtaining some of the records. I am therefore appealing to readers to spread this good news and help us to gather a large number of case histories that will overwhelm the medical skeptics about this unbelievably simple and natural remedy.

For the treatment, asparagus should be cooked before using, and therefore canned asparagus is just as good as fresh.
I have corresponded with the two leading canners of asparagus, Giant and Stokely, and I am satisfied that these brands contain no pesticides or preservatives . Place the cooked asparagus in a blender and liquefy to make a puree, and store in the refrigerator . Give the patient 4 full tablespoons twice daily , morning and evening. Patients usually show some improvement in from 2-4 weeks. It can be diluted with water and used as a cold or hot drink . This suggested dosage is based on present experience, but certainly larger amounts can do no harm and may be needed in some cases.

As a biolchemist I am convinced of the old saying that `what cures can prevent.' Based on this theory, my wife and I have been using asparagus puree as a beverage with our meals.

We take 2 tablespoons diluted in water to suit our taste with breakfast and with dinner. I take mine hot and my wife prefers hers cold. For years we have made it a practice to have blood surveys taken as part of our regular checkups. The last blood survey, taken by a medical doctor who specializes in the nutritional approach to health, showed substantial improvements in all categories over the last one, and we can attribute these improvements to nothing but the asparagus drink....

As a biochemist, I have made an extensive study of all aspects of cancer, and all of the proposed cures. As a result, I am convinced that asparagus fits in better with the latest theories about cancer. Asparagus contains a good supply of protein called histones, which are believed to be active in controlling cell growth.. For that reason, I believe asparagus can be said to contain a substance that I call cell growth normalizer. That accounts for its action on cancer and in acting as a general body tonic. In any event, regardless of theory, asparagus used as we suggest, is a harmless substance. The FDA cannot prevent you from using it and it may do you much good. It has been reported by the US National Cancer Institute, that asparagus is the highest tested food containing glutathione, which is considered one of the body's most potent anticarcinogens and antioxidants.

ISLAM DIHINA....SALAH SIAPA?

Assalamualaikum...


Islam agama pengganas, islam melahirkan pengganas, islam kolot, islam agama mundur dan bermacam-macam lagi istilah yang dilabelkan keatas islam oleh musuh islam khususnya dari barat. Al-Quraan menyeru orang islam ke jalan keganasan(JIHAD) .Kitab Al-Quraan adalah ciptaan Muhammad dan bermacam-macam lagi momokan ke atas islam sehingga menyesakan dada kita umat islam mendengarnya. Salah siapa?


Salah siapa sehingga menyebabkan agama yang luhur ini dicemar sedemikian rupa? Saya tidak mahu mengaitkan golongan kafirun dalam hal ini kerana itu memang menjadi kerja mereka dan kita sememangnya tidak boleh mengharapkan golongan ini untuk menjaga urusan agama kita.

Apa yang hendak saya tekankan disini ialah, apakah peranan kita didalam memelihara kesucian agama yang di amanahkan oleh Allah kepada kita? Apakah kita betul-betul telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam memelihara dan menjaga agama suci ini dari diinjak-injak dengan sewenang-wenangnya oleh musuh islam.

Bukankah kita yang sepatutnya mempertahankan agama kita dari diserang oleh musuh-musuh islam? Bukankah kita yang seharusnya menjadi sebaik-baik contoh kepada yang bukan islam untuk mereka berjinak-jinak dengan islam seterusnya menarik minat mereka memeluk agama suci ini?

Jika diteliti situasi hari ini, kitalah yang dilihat menyebabkan pelbagai persepsi buruk yang dilabelkan ke atas agama kita ini. Kita sendiri yang menjadi punca agama islam dipandang serong dan dihina. Ini kerana kita tidak mencerminkan keperibadian keseluruhan islam itu sendiri. Apa yang disarankan oleh islam tidak kita ikuti sepenuhnya sebaliknya kita lebih rela mengikuti system yang berpaksikan dari barat itu sendiri.


Kita dilihat sentiasa tidak boleh bersatu dan bertelagah sesama kita. Di Negara timur tengah contohnya, sentiasa ada peperangan merebut kuasa , merebut wilayah atau kerana mempertahankan suku bangsa.Kita lihat peperangan Iran Iraq yang berlanjutan beberapa tahun. Kita lihat juga krisis kepimpinan yang berlaku diantara Fatah dengan Hammas, begitu juga yang terjadi diantara puak Taliban dengan pemerintah Afghanistan sehingga mengundang campurtangan barat yang dilihat lebih mendatangkan kerosakan.

Tidak kurang juga yang terjadi di negara kita sendiri dimana pergeseran diantara parti-parti poltik yang dikatakan memperjuangkan islam dilihat terlalu agresif menghentam sesama mereka. Ada yang dilihat juga cuba meraih simpati dari parti yang bukan islam untuk menyokong parti mereka sedangkan dasar mereka dengan begitu jelas tidak ingin menegakan syiar islam itu sendiri. Yang jelas kita hanyalah dijadikan bahan sindiran dan ejekan lantaran kelesuan kita untuk bekerjasama.





Seringkali terpanpang didada-dada akhbar di negara kita tentang gejala sosial yang semakin berleluasa, tidak kiralah yang melibatkan para remaja mahu pun golongan dewasa. Sebilangan besarnya adalah dari kalangan orang islam sendiri. Sebagai contohnya kes-kes sumbang mahram, kes-kes bersekedudukan tanpa nikah, kes-kes pembuangan bayi dan bermacam-macam lagi yang majoritinya dari kalangan kita.



Kehidupan masyarakat kita yang tidak mengenal halal haram juga dilihat sebagai penyumbang persepsi negative terhadap islam malah ada dikalangan kita yang dilihat lebih kebaratan dari barat itu sendiri. Pergaulan bebas sehingga melampaui batas susila, berjudi dan meminum arak, rasuah sana sini yang seolah-olah telah menjadi kelaziman. Semuanya dijuarai oleh kita yang beragama islam. Secara tidak sedar kitalah “pengkhianat” agama sebenarnya.

Walaupun tulisan ini agak keras namun itulah realiti yang kita umat islam hadapi hari ini. “ Kerana nila setitik rosak susu sebelanga” janganlah dek kerana perbuatan segelintir dari kalangan kita menyebabkan kesucian agama kita ternoda.

Marilah kita bangkit menyucikan segala kekotoran yang terpalit pada agama kita. Marilah kita bekerjasama demi membuktikan bahwa islam itu agama perpaduan. Jadikan diri kita contoh ikutan untuk menarik manusia kepada islam agama kebenaran.


"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahanitu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Sunday, August 29, 2010

Tazkirah Ringkas....

Assalamualaikum...




Malam tadi seperti biasa aku bertarawikh di surau taman perumahan aku.Aku amat tertarik dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ustaz pada selepas solat isyak sementara menunggu untuk menunaikan solat tarawikh. Memang kelazimanya di surau kami akan mengadakan tazkirah sebegitu pada setiap malam di bulan Ramadhan.


Tazkirah yang diberikan ialah tentang sebuah hadis nabi berkaitan dengan ibadah puasa. Sebuah hadis ringkas yang berbunyi;


"Barang siapa yang berpuasa, dia beroleh kesihatan.( tak dinyatakan hadis diriwayatkan oleh siapa..)


Ustaz menerangkan bahawa ramai orang masih ragu-ragu akan kelebihan ibadat puasa dan kita wajib percaya akan hadis yang disampaikan Nabi S.A.W kerana setiap dari apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W adalah merupakan perkabaran dari AlLah S.W.T. Justru itu kita mesti melaksana apa yang diserukan oleh Nabi S.A.W tanpa syak dan wahham.


Lalu beliau memberi contoh akan kejadian pada dirinya sendiri iaitu dimana telah menjadi kebiasaan beliau mengamalkan berpuasa tiga bulan berturut-turut, bermula pada bulan Rejab, Sya'ban dan berterusan sehingga bulan Ramadhan. Yang mana sebelum ini beliau mempunyai beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi ( penyakit biasa pada orang-orang yang telah berumur )


Kalau sebelum ini bacaan kencing manisnya sekitar angka 11 hingga ke 12 point, setelah berpuasa bacaanya turun di sekitar 6 ke 6.5. dan darah tingginya berada di paras normal kembali. Kalau dulu beliau tidak berdaya untuk melakukan solat tarawikh kini beliau mampu mengerjakannya tanpa rasa penat atau letih dan beliau juga sudah mampu untuk duduk besama-sama kami untuk bertadarus pula.


Nah! betapa hebatnya kesan berpuasa kalu kita betul-betul ikhlas untuk mengerjakannya. Disamping kita mendapat ganjaran dari Allah S.W.T, kita juga dikurniakan kesihatan yang baik dengan berpuasa.


justru, tiada alasan untuk kita mengatakan dengan berpuasa akan memudaratkan tubuh badan kita. Marilah kita bersama-sama melakukanya dengan penuh ikhlas dan tawadhuk mudah-mudah kita dilimpahi sebesar-besar rahmat oleh Allah S.W.T.....Amin!


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”-surah Al-Baqarah ayat 185.

Thursday, August 26, 2010

Salam Takziah Buat Mr.Raquib.

Assalamualaikum...


Kedatangan hari isnin tempoh hari disambut dengan kehadiran e-mail sedih dari seorang sahabat yang juga merupakan pensyarah di tempat aku bekerja. Beliau merupakan seorang pensyarah dari luar Negara. Mula mengenali beliau sejak tahun 2002 iaitu semasa aku masih bertugas di bahagian peperiksaan lagi. Kini aku telah bertukar kebahagian fakulti yang sama tempat di mana beliau mengajar. Di fakulti kami, beliau dikenali sebagai seorang yang peramah dan baik sekali.


Semasa aku didalam rawatan, beliau selalu datang memberi kata-kata perangsang agar aku tabah dan sabar menghadapi penyakit yang sedang aku alami. Setiap kali kami berjumpa, tidak pernah lekang dari mulutnya kata-kata semangat dan doa untuk aku dan seisi keluarga.


Kini beliau perlu memberikan kata-kata semangat dan perangsang itu kepada anak perempuanya sendiri yang berusia 15 tahun yang telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit kanser tulang yang serius. Itulah satu-satunya anak yang beliau ada. Aku terkedu tatkala menerima e-mail dari beliau. Aku tidak dapat bayangkan betapa remuknya hati seorang bapa apabila satu-satunya anak yang dia ada disahkan mengidap penyakit yang amat digeruni oleh semua orang yang mana masih belum ditemui penawarnya hingga kini.


Tetapi apalah daya kita sebagai hamba selain dari menyerahkan segala-galanya kehadrat Ilahi. Sesungguhnya Dialah mengatur dan mentadbir setiap kejadian di alam ini, Dialah sebaik-baik pentadbir dan kepadaNyalah kita akan kembali!


Begitulah selalunya,orang-orang yang baik seringkali mendapat perhatian dan ujian dari Allah S.W.T. Itulah juga salah satu cara untuk Allah mengangkat darjat hamba-hamba pilihanya. Hanyalah kedangkalan fikiran kita yang mengatakan bahawa Allah telah menghinakan kita apabila kita ditimpa satu-satu musibah. Sesungguhnya kesakitan itu sendiri merupakan sebahagian dari kasih sayang Allah kalau kita dari orang-orang yang mahu mengerti!


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.-Surah al-Ankabut ayat 2-3.



Kepada Mr.Raquib, didoakan agar tabah menerima segala cubaan Ilahi dengan sentiasa bersangka baik akan setiap dari apa juga yang didatangkan oleh Allah kepada kita. Allah tidak akan pernah sesekali menginiayai hambaNya. Suka saya membawakan sebuah hadith dari Rasulullah S.A.W yang sangat bermotivasi iaitu;

“Aku mengagumi seorang mukmin kerana selalu ada kebaikan dalam setiap urusanya. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur ( kepada Allah ) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri ( dan menjalankanya dengan sabar ) bahawa di dalamnya ada kebaikan pula” H.R Muslim.


Kepada rakan-rakan samada yang mengenali beliau atau tidak, sukalah aku menyeru marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan buat anak perempuan beliau agar kembali sihat dan kepada Mr Raquib agar sentiasa tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T kerana doa kita juga dikira sebagai sadaqah di sisi Allah....Amin!

Wednesday, August 25, 2010

Apa ke halnya dengan Indonesia ni.....!!!


Assalamualaikum...


Aku dah tak tahu perkataan apakah yang sesuai untuk menggambarkan akan perilaku mereka-mereka ini. Bodohkah? Kurang ajarkah? Tak bertamadunkah? Tak berpelajarankah? Atau.....entahlah, dah memang tak tahu apa lagi yang hendak di lebelkan pada mereka ini.


Sehinggakan sudah naik rimas melihat kelakuan mereka ini. Rimas bukan sebab takut kita akan “di Ganyang “ oleh mereka, tapi rimas melihat kelakuan yang seakan-akan sepsis zaman purba. Spesis yang tidak pernah mengenali dunia luar dan ketamadunan. Apatah lagi hendak mengambarkan sebuah negara yang berpenduduk islam paling ramai di dunia.


Tak habis-habis nak melancarkan konfrantasi dengan Negara kita. Asal sikit nak berperang, asal sikit nak “Ganyang”.......apa dah kuat sangatkah diorang nih???. Kesiapan diorang punyalah kelam kelibut macam nak kena serang dengan Israil gamaknya dan yang kelakarnya kita rakyat dan pihak kerajaan Malaysia tetap “Rilex dan Steady”dalam menghadapi situasi ini. Syabas Malaysia!


Apakah mereka fikir berperang itu sama seperti bermain konda-kondi? Apakah mereka tidak pernah melihat atau mendengar berita tentang peperangan seperti yang berlaku di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan seumpamnya? Atau yang paling dekat dengan mereka ialah seperti di Timur Leste dan di Acheh (GAM) Apakah natijahnya akibat dari peperangan itu?


Yang menjadi persoalanya, pihak-pihak professional dari kalangan mereka juga dilhat seperti tidak mengambil pendekatan untuk meredakan keaadan sebaliknya pihak media mereka juga sering menyiarkan artikel-artikel yang berbentuk provokasi dan hasutan. Ada sesetengah stesen TV mereka menyiarkan kembali seruan “Ganyang Malaysia” yang dilancarkan oleh Suekarno sewaktu era konfrantasi dulu.


Yang menariknya, sewaktu zaman konfrantasi meletus dahulu tentera-tentera yang di hantar pihak Indonesia menerusi udara menggunakan payung terjun tidak tahu hendak berbuat apa apabila sudah mendarat di kawasan Malaysia. Di kampung-kampung tempat mereka mendarat, tidak menunjukan suasana untuk berperang. Penduduk-penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Akhirnya mereka di pungut oleh orang kampung dan diberi makan kemudian dihantar pulang ke Negara mereka oleh kerajaan Malaysia.


Itulah pendirian pihak kita dari dulu hingga sekarang. Tidak pernah mengambil sikap membabi buta apatah lagi untuk bermusuhan. Sama dengan keaadan sekarang dimana kita mengutip ratusan ribu pendatang-pendatang asing negara mereka dan memberikan mereka rezeki dan perlindungan.


Janganlah menjadi seperti anjing yang tersepit, apabila dilepaskan hendak menggigit pula. Bukan niat untuk mengungkit, tetapi apakah kurangnya sumbangan dan bantuan dari kita apabila mereka di timpa musibah. Lihatlah bencana seperti di Acheh , sumatera dan seumpamnya. Kitalah pasukan pertama yang datang menghulurkan bantuan atas dasar persaudaraan dan serumpun.


Tidak adakah walau sedikit pun dihati mereka rasa terhutang budi pada kita? Atau setidak-tidaknya rasa persaudaraan sesama kita? Bukan kita ini dari rumpun yang sama? Besar sangatkah harga tarian pendet yang mereka heboh-hebohkan itu? Bernilai sangatkah lagu “Terang Bulan” yang dituduh diadaptasi menjadi lagu “Negaraku”? Bukankah secara dasarnya kita dari rumpun yang sama? Dan sememangnya jugalah secara tidak lansung membawa indentiti kebudayaan yang sama.


Bertindaklah dengan kewarasan. Jadilah satu bangsa yang sedar diuntung.Jangan dek kerana hal yang remeh temeh menyebabkan runtuhnya satu ikatan bangsa yang serumpun seagama. Atau hanya sekadar itu sajakah OTAK yang dibekalkan itu digunakan?


Fikir-fikirkanlah.....

Tuesday, August 24, 2010

Selamat hari lahir...Ummi

Assalamualaikum...

Selamat bersua lagi di ruangan maya ini...setelah hampir 2 tahun penulisan di blog ini terhenti diatas beberapa faktor, kini usaha ini dihidupkan kembali bagi berkongsi wacana dengan teman-teman blog yang lain atau setidak-tidaknya bagi mengisi ruang-ruang waktu yang terluang.

Oleh kerana terlalu sangat lamanya meninggalkan aktiviti berblog ini, maka kejanggalan dan ketririsan idea membekukan jemari bagi mengetuk bungkah-bungkah abjad pada papan kekunci.

Maka, bersempena dengan hari kelahiran isteri tercinta yang juga jatuh pada bulan seribu rahmat iaitu bulan ramdhan tahun ini, lalu dijadikan entri bagi membiakan kembali benih-benih semangat untuk berblog yang terendam sekian lama.

18/8 adalah tarikh penting dalam kehidupan kami anak beranak kerana itulah tarikh kelahiran bagi ibu kepada anak-anak ku yang betah dipanggil Ummi . Ini bermakna telah setingkat lagi usia Ummi dipinjamkan Ilahi kepada kami...Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana engkau mengirimkan insan yang sebaik ini untuk kami! Pinjamkanlah juga dia ya Allah untuk kami bagi tahun-tahun yang mendatang....Amin.

Buat Ummi, abang mengucapkan selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Disinari iman perisai diri, dilimpahi hidayah memenuhi hati, diberikan taufik penyuluh duniawi.

Terima kasih kerana masih sabar melayan karenah abang dan anak-anak, abang memohon berbanyak ampun, yang mana disepanjang kehidupan kita sebagai suami isteri selalu sering abang melukakan hati...
Terima kasih..........Ummi.