Monday, January 14, 2008

HILANG LAGI...!!! HILANG LAGI...DAN LAGI...!!!

Assalamualikum.......
Berdetak rasa gerun dihati apabila mendengarkan berita ada lagi kanak-kanak yang hilang diculik!!!Belum pun pudar kengerian dibenak kita akan kisah tragis yang menimpa adik Nurin Shazlin, kini tragedi yang sama berulang lagi..!!!
Apa dah jadi dengan masyarakat kita pada hari ini. Di mana hilangnya sifat belaskasih sesama insan. Mengapa tergamak melakukan perbuatan yang sebegitu kejam ke atas anak kecil yang suci bersih yang masih tidak mengerti apa-apa dalam hidup mereka. Tatkala kanak-kanak seusia mereka yang lain damai dalam belaian dan dakapan ibubapa masing-masing, mereka pula bergelut dengan ancaman dan seksaan yang sangat-sangat kejam dan zalim yang diluar dari batasan norma-norma kemanusiaan!!!. Seksaan yang tidak mungkin akan tertanggung hatta orang yang dewasa sekalipun, apatah lagi terhadap tubuh mulus comel sikecil..!!!. Sehingga ada diantara mereka yang kehilangan nyawa lantaran tidak mampu menanggung seksaan yang sedemikian rupa seperti yang berlaku ke atas Allahyarhamah adik Nurin Syazlin. Ya Allah...!!! , sesungguhnya Engkaulah yang maha penyanyang diantara semua yang penyanyang!.
Kini, perhatian kita sekali lagi disentap dengan berita kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sehingga kini masih belum diketahui akan khabar beritanya. Sejak dilaporkan akan kehilanganya Rabu minggu lepas, hingga sekarang masih belum diketahui akan untung nasibnya. Janganlah hendaknya ia menerima nasib yang sama seperti Allahyarhamah adik Nurin. Ya Allah!! berilah keselamatan dan kesejahteraan ke atas adik Sharlinie...Ya Allah..!!
Betapakah perasaan si ibu mengenang akan nasib anak kecilnya yang selama ini didakap dan dibelai hari-hari dengan penuh kasih dan sayang, kini hilang tanpa khabar berita. Hanya curahan air mata menggambarkan betapa pilu dan remuk hati si ibu memikirkan keselamatan si anak yang amat dikasihi. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada anak-anak kita, terjadi pada adik-adik kita, terjadi pada anak-anak buah kita. Saya percaya ramai diantara kita mempunyai anak atau adik atau nak buah yang sama sebaya dengan adik Sharlinie. Anak atau adik atau anak buah yang selama ini sering bergelak ketawa dengan kita, anak atau adik atau anak buah yang selama ini menghiburkan kita dengan telatah manja mereka, anak atau adik atau anak buah yang menjadi penyeri dan sumber kebahagian dalam rumah kita, kini hilang dalam sekelip mata, dengan pelbagai kemungkinan yang kita tidak tahu. Bayangkan lah wahai kita-kita sekelian!!!
Justeru itu, saya menyeru pada kita-kita sekelian,dengan rasa penuh kasih dan sayang, dengan perasaan belas dan kasih, dengan rasa penuh tanggungjawab, marilah kita sama-sama berusha,sama-sama mencari atau menghulur bantuan setakat yang termampu untuk mengembalikan adik Sharlinie ke pangkuan ibunya. Marilah kita panjatkan seikhlas-ikhlas doa untuk keselamatan adik Sharlinie dan marilah kita berdoa agar manusia iblis durjana laknatullah yang bertanggungjawap keatas teragedi yang menimpa Allahyarhamah adik Nurin dan adik Sharlinie dapat di tangkap dan di kenakan hukuman yang sekeras-kerasnya!!!
BAD
p/s: Kalu dapat tangkap si iblis laknatullah tu kita rejam dia dikhalayak ramai sampai mati...