Friday, February 4, 2011

LIVERPOOL OH LIVERPOOL!



Assalamualaikum,



Pagi khamis menjelma dengan suasana yang begitu nyaman. Aku berjalan bagaikan tak jejak tanah, badan begitu ringan.Semangat berkobar-kobar penuh nafsu, membara...bergelora..chewahh!

Bukan sebab hari tu hari raya Cina,bukan....bukannn!. Sebab hari tu adalah kerana Liverpool telah memenangi game menentang Stoke. Ianya bukan kemenangan biasa tetapi satu kemenangan yang penuh gaya, keunggulan, mutu...itulah Liverpool!!! Ewah...macam iklan rokok pulak!!!

Walaupun Liverpool telah kehilangan striker "jambu"nyer, tetapi ianya telah digantikan dengan wira baru yang elegant! iaitu SUAREZ!. Dengan hanya kemunculan pertama saja beliau telah menunjukan kegarangannya dengan menjaringkan gol yang cantik! Bravo Suarez!!Tambah pulak dengan sorakan penonton ynang menggamatkan stadium, siap dengan standing ovation lagi....gilerr laa!!Memang terujalah sesiapa yang tengok game malam tu.

Pagi tu aku tersenyum memanjang, hidung kembang semangkuk. Isteri aku dah tahu ni mesti pasukan favoraite aku menang malam tadi, kalau tak, aku mesti dah memuncung sedepa dah. Walaupun tidurnya asyik terganggu dek bunyi SMS yang bertalu-talu masuk kat handphone aku. Bukan apa, SMS tu datangnya dari member-member yang seangkatan dengan aku mengulas bola melalui SMS! Pukul 4,5 pagi dok tet tot tet tot menekan SMS. Kasihan isteri aku dapat suami kemaruk bola! sorry ya Umi...he..he..he.

Sebelah petang pulak aku pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh dengan isteri aku mencari hadiah untuk anak buah yang baru dapat baby. Masih lagi dalam mood senyum memanjang, jalan mendada, rasa-rasa macam nak gi salam ngan semua orang,macam aku lak yang main bola semalam.

Tiba-tiba aku ternampak seorang "brader" yang memakai T-shirt Liverpool tengah membelek barang-barang ngan wife dia. Aku bagaikan dirasuk puaka terus jek meluru kat brader tu dan tanya " Bang! tengok bola tak malam tadi?". Brader tu terpinga-pinga dan isterinya hampir terjerit dek terperanjat dengan terjahan aku.Mana taknya, tiba-tiba jek ade mamat yang tak dikenali datang menerpa bertanyakan pasal bola.

Aku hulurkan tangan kat brader tu dan memperkenalkan diri. Aku tanyer brader tu sekali lagi dia tengok bola tak malam tadi.Dengan tergagap-gagap brader tu menjawap "ade, pukul dua malam tadikan?. Hah, dah sah brader tu tak tengok bola sebab bola start pukul empat pagi.

Aku tengok muka isteri aku dah unggu dah. Dia pun terpingga-pingga tak tau nak buat apa. Last-last dia pun pergi salam ngan isteri brader tu. Dengan perlahan dia memberitahu isteri brader tu yang aku ni memang tak boleh jumpa dengan orang yang pakai baju Liverpool, asal jumpa jek mesti die ingat geng dia!

Tok sah kata isteri aku, aku pon tak tahu nak buat ape dah. Aku terus jek salam ngan brader tu mintak diri. Aku toleh kat isteri brader tu, aku tengok dia tengah menekop mulutnya dengan tangan menahan gelak bercampur kaget!

Semasa berjalan baru aku sedar," Ya Allah ape aku dah buat nih!?, kenapa aku jadi cam ni?Darah menyirap satu badan, telinga rase sebal dan panas. Rasa malu mula menyelinap dalam diri. Aku tak sanggup toleh belakang lagi. Aku cepat-cepat cari barang baby untuk anak buah aku dan meninggalkan Jaya Jusco secepat mungkin.

Dalam perjalan pulang, aku tersengih macam kerang busuk. Isteri aku pulak asyik perli jek kat aku. Adus...malunya aku. Mesti brader tu ngan isteri dia tak habis-habis gelakkan aku nih!Hari penuh bangga buat aku telah bertukar hari penuh malu buat aku!

Ini semua gara-gara kemaruk Liverpool punya pasal. Dek kerana Liverpool aku jadi hilang akal. Apa pun Liverpool harus membayar balik kemaluan aku yang hilang dengan membelasah Chelsea pulak malam isnin ni! Kalu menang lagi, tak tahu la aku jadi apa pulak lepas ni!!!

Ini semua gara-gara Liverpool!!!