Wednesday, August 25, 2010

Apa ke halnya dengan Indonesia ni.....!!!


Assalamualaikum...


Aku dah tak tahu perkataan apakah yang sesuai untuk menggambarkan akan perilaku mereka-mereka ini. Bodohkah? Kurang ajarkah? Tak bertamadunkah? Tak berpelajarankah? Atau.....entahlah, dah memang tak tahu apa lagi yang hendak di lebelkan pada mereka ini.


Sehinggakan sudah naik rimas melihat kelakuan mereka ini. Rimas bukan sebab takut kita akan “di Ganyang “ oleh mereka, tapi rimas melihat kelakuan yang seakan-akan sepsis zaman purba. Spesis yang tidak pernah mengenali dunia luar dan ketamadunan. Apatah lagi hendak mengambarkan sebuah negara yang berpenduduk islam paling ramai di dunia.


Tak habis-habis nak melancarkan konfrantasi dengan Negara kita. Asal sikit nak berperang, asal sikit nak “Ganyang”.......apa dah kuat sangatkah diorang nih???. Kesiapan diorang punyalah kelam kelibut macam nak kena serang dengan Israil gamaknya dan yang kelakarnya kita rakyat dan pihak kerajaan Malaysia tetap “Rilex dan Steady”dalam menghadapi situasi ini. Syabas Malaysia!


Apakah mereka fikir berperang itu sama seperti bermain konda-kondi? Apakah mereka tidak pernah melihat atau mendengar berita tentang peperangan seperti yang berlaku di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan seumpamnya? Atau yang paling dekat dengan mereka ialah seperti di Timur Leste dan di Acheh (GAM) Apakah natijahnya akibat dari peperangan itu?


Yang menjadi persoalanya, pihak-pihak professional dari kalangan mereka juga dilhat seperti tidak mengambil pendekatan untuk meredakan keaadan sebaliknya pihak media mereka juga sering menyiarkan artikel-artikel yang berbentuk provokasi dan hasutan. Ada sesetengah stesen TV mereka menyiarkan kembali seruan “Ganyang Malaysia” yang dilancarkan oleh Suekarno sewaktu era konfrantasi dulu.


Yang menariknya, sewaktu zaman konfrantasi meletus dahulu tentera-tentera yang di hantar pihak Indonesia menerusi udara menggunakan payung terjun tidak tahu hendak berbuat apa apabila sudah mendarat di kawasan Malaysia. Di kampung-kampung tempat mereka mendarat, tidak menunjukan suasana untuk berperang. Penduduk-penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Akhirnya mereka di pungut oleh orang kampung dan diberi makan kemudian dihantar pulang ke Negara mereka oleh kerajaan Malaysia.


Itulah pendirian pihak kita dari dulu hingga sekarang. Tidak pernah mengambil sikap membabi buta apatah lagi untuk bermusuhan. Sama dengan keaadan sekarang dimana kita mengutip ratusan ribu pendatang-pendatang asing negara mereka dan memberikan mereka rezeki dan perlindungan.


Janganlah menjadi seperti anjing yang tersepit, apabila dilepaskan hendak menggigit pula. Bukan niat untuk mengungkit, tetapi apakah kurangnya sumbangan dan bantuan dari kita apabila mereka di timpa musibah. Lihatlah bencana seperti di Acheh , sumatera dan seumpamnya. Kitalah pasukan pertama yang datang menghulurkan bantuan atas dasar persaudaraan dan serumpun.


Tidak adakah walau sedikit pun dihati mereka rasa terhutang budi pada kita? Atau setidak-tidaknya rasa persaudaraan sesama kita? Bukan kita ini dari rumpun yang sama? Besar sangatkah harga tarian pendet yang mereka heboh-hebohkan itu? Bernilai sangatkah lagu “Terang Bulan” yang dituduh diadaptasi menjadi lagu “Negaraku”? Bukankah secara dasarnya kita dari rumpun yang sama? Dan sememangnya jugalah secara tidak lansung membawa indentiti kebudayaan yang sama.


Bertindaklah dengan kewarasan. Jadilah satu bangsa yang sedar diuntung.Jangan dek kerana hal yang remeh temeh menyebabkan runtuhnya satu ikatan bangsa yang serumpun seagama. Atau hanya sekadar itu sajakah OTAK yang dibekalkan itu digunakan?


Fikir-fikirkanlah.....

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh si batak ini tidak setimpal dengan apa sebenarnya berlaku.... tetapi oleh kerana agenda politik mereka serta bencinya kumpulan batak kristian ini terhadap hubungan baik kerajaan Malaysia-Indonesia, maka provokasi sebegini sengaja dibuat utk menyemaikan rasa benci warga Indonesia terhadap Malaysia..... hakikat sebenarnya, sebahagian besar warga Indonesia tidak terpengaruh dgn provokasi si batak ini...

Terima kasih sudi melawat blog kawan... dan telah kawan linkkan dlm blog list.... selamat menulis bro...

BAD said...

Terima kasih Tuan YG,
Harap-harap singgah la selalu...mintak banyak tunjuk ajar ya..